Lawan Migrain Tanpa Ubat Dengan Bantuan Produk Coway



LAWAN MIGRAIN TANPA UBAT DENGAN BANTUAN PRODUK COWAY

Bangun tidur tadi kepala berdenyut sangat-sangat. Saya ingatkan kawan lama saya Mr. Migraine dah lupakan saya sebab kali terakhir dia melawat saya sebelum puasa. Dalam bulan Jun tahun ni. Sudah enam bulan. Sedangkan selama ni dia akan lawat saya sebulan sekali. Kadangkala sebulan dua kali. Tak sangka pula rupanya dia masih tak lupakan saya.

Dalam keadaan diserang secara mendadak ni, memanglah segala macam ubat tiada. Tambahan pula saya sudah nekad mahu bercerai talak tiga dengan ubat-ubatan migrain ni. Kerana ubat-ubatan itu yang saya ambil selama berbelas tahun ini, saya dapat padah yang lain. Masalah buah pinggang.

Sebenarnya saya ada cara rawatan alternatif jika saya diserang migrain.

1. Mandi lama-lama. Biarkan pancuran air dikepala sampai badan jadi sejuk.
2. Duduk dalam bilik yang gelap dan bakar lilin aroma terapi. Paling berkesan pada saya adalah aroma vanila.
3. Pasang muzik instrumental yang perlahan. Saya sukakan irama zapin atau ghazal. Boleh juga pasangkan alunan zikir terapi.
4. Rehat dan cuba tidur. Dengan izin Allah, selepas bangun tidur akan sedikit lega.

Tapi bila saya dirumah emak abah, saya tak boleh guna cara di atas kerana saya tiada simpanan aroma terapi. Saya cuba cara yang lebih mudah menggunakan apa yang ada di rumah emak abah.

1. Tadah setengah baldi air sejuk dari penulen air coway.
2. Campurkan sedikit garam dari water spa coway.
3. Basahkan tuala kecil dan lap muka sehingga belakang leher. Gunakan gayung, siram kepala dengan air sejuk yang dicampur garam tadi. Pastikan air siraman ditadah lagi. Lakukan sehingga kepala kurang berdenyut. Mandi dengan baki air sejuk.
4. Bilas badan dengan water spa.
5. Minum sekurang-kurangnya satu gelas air coway.
6. Set penulen udara coway model Lombok II pada speed turbo, plasma dan ion. Tadahkan muka pada bahagian udara bersih yang keluar di bahagian atas. Cuba bernafas dengan cara sedut udara menggunakan hidung dan hembus menggunakan mulut.

Alhamdulillah, cara ini lebih cepat. Tanpa perlu tidur. Tanpa perlu ubat.

Nota kaki : Water spa coway adalah pelembut air dengan tambahan mineral. Jadi suhu water spa coway adalah suhu bilik sahaja.

Jom kita ber COWAY.
Utk Pertanyaan berkenaan produk Coway boleh
 Call/SMS/Whatsapp 0179277417 Eliass

1 comments:

Merkur Futur Adjustable Safety Razor #25 Merkur
Merkur Futur Adjustable Safety Razor #25 Merkur. Merkur Futur is 바카라 a German company famous for its unique and febcasino traditional design. The razor has been produced by Merkur  Rating: 5 · ‎1 review · ‎$65.00 · ‎In deccasino stock


EmoticonEmoticon