BELI ATAU SEWA COWAY?

Ramai bertanya kepada saya, untuk beli atau sewa Coway? Sebelum itu mari kita bandingkan pakej yang diberikan dengan setiap pembelian dan sewaan.
Beli Sewa
Pemasangan (termasuk pindah rumah)PercumaPercuma
Servis (setiap 2 bulan)Percuma untuk tahun pertama sahaja.Percuma sepanjang tempoh penyewaan.
Penukaran filter (setiap 6 bulan)Percuma untuk tahun pertama sahaja.Percuma sepanjang tempoh penyewaan.
Pada pendapat saya, kedua-dua cara ada kelebihan masing-masing. Ia nya bergantung kepada rancangan jangka panjang pengguna. Ada 2 senario:
  1. Pengguna ingin menggunakan produk Coway untuk jangka masa panjang sebelum menukar ke produk lain?
  2. Pengguna berhasrat untuk menukar atau menaik taraf ke produk Coway yang baru setiap 2 tahun?
Senario 1: Pengguna ingin menggunakan produk Coway untuk jangka masa panjang (Lebih 5 tahun)
Dalam senario ini, beli lebih menguntungkan. Mari kita kira kos untuk membeli dan menyewa produk Coway Villaem untuk 5 tahun.
BeliSewa
Yuran pendaftaranRM 100
Bayaran untuk produkRM 3420RM 125/sebulan
Bayaran untuk perkhidmatan servis dan pertukaran filterPercuma untuk tahun pertama
RM 680* 4 untuk tahun 2 hingga 5
Percuma
Jumlah Keseluruhan untuk 5 tahunRM 6140RM 7600
PenjimatanRM 1460
 Berdasarkan contoh di atas, beli dapat menjimatkan pengguna sebanyak RM 1460 dalam tempoh 5 tahun. Jika pengguna berhasrat untuk menggunakan produk Coway untuk jangka masa panjang, maka saya menasihatkan pengguna untuk membeli daripada menyewa.
Senario 2: Pengguna berhasrat untuk menaik taraf ke produk yang baru setiap 2 tahun.
Dalam senario ini, sewa lebih menguntungkan. Mari kita kira kos untuk membeli dan menyewa produk Coway Villaem untuk 2 tahun.
BeliSewa
Yuran pendaftaranRM 100
Bayaran untuk produkRM 3420RM 125/sebulan
Bayaran untuk perkhidmatan servisPercuma untuk tahun pertama
RM 680 untuk tahun kedua
Percuma
Jumlah Keseluruhan untuk 2 tahunRM 4100RM 3100
PenjimatanRM 1000
 Berdasarkan contoh di atas, sewa dapat menjimatkan pengguna sebanyak RM 1000 dalam tempoh 2 tahun. Jika pengguna berhasrat menaik taraf ke produk Coway yang terbaru setiap 2 tahun, maka saya menasihatkan pengguna untuk menyewa daripada membeli.
Kesimpulannya, pengguna harus merancang corak penggunaan pengguna, sama ada ingin menggunakan untuk tempoh jangka panjang atau menaik taraf ke model terbaru setiap 2 tahun. Beli atau sewa, kedua-dua nya menawarkan nilai terbaik untuk pengguna.
Nota: Harga beli di atas termasuk promosi diskaun 10% (Harga normal RM3800).
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Coway atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi saya Eliass Coway di 0179277417 (Call/SMS/Whatsapp)


EmoticonEmoticon